KUALA LUMPUR: Usaha mencari 17 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Rasuwa, Nepal, belum membuahkan hasil apabila pencarian menggunakan helikopter gagal menemui sebarang petunjuk kumpulan berkenaan atau enam kenderaan yang dinaiki mereka.
Wakil Fishtail Tours & Travels, Encik Roshan Panday, berkata helikopter terbabit melakukan empat pusingan di kawasan kenderaan berkenaan dipercayai dihanyutkan...





