Pesanan nenek sejak kecil supaya ‘jangan membazir rezeki’ kekal tersemat dalam ingatan Encik Muhammad Lukman Nur Hakim Johari, 24 tahun, hingga hari ini. Pesanan itu mendorongnya untuk mempersoal bagaimana rakyat Singapura menghargai sumber yang ada serta bagaimana mereka boleh digalakkan untuk mengurangkan pembaziran, terutama selepas beliau menyaksikan corak penggunaan semasa pandemik Covid-19. Sejak kecil, Encik Lukman melihat neneknya menyimpan lebihan...





