KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa laluan di lebuh raya utama sejak awal pagi Khamis berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidilfitri. Akaun rasmi di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga 8 pagi memaklumkan, beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mencatatkan aliran trafik tinggi. Sebelum ini, LLM menjangka...





