TOKYO: Menteri Pertahanan Jepun, Encik Yasukazu Hamada, mengarahkan tentera negara itu pada Sabtu untuk bersiap sedia menembak satelit pengintip Korea Utara sekiranya ia berada dalam wilayah Jepun.
Encik Hamada mengarahkan Pasukan Pertahanan Diri membuat persiapan yang diperlukan dan beliau berpotensi "memerintahkan pelancaran peluru berpandu balistik", kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.





