Bagi sebahagian besar kanak-kanak yang membesar dengan nama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, jaguh bola sepak dunia mungkin lebih mudah dikenali menerusi skrin telefon atau televisyen.
Namun, di Kem Bola Sepak Singa Legends, mereka berpeluang pula mengenali wira yang lebih dekat dengan mereka – legenda yang pernah menyarung jersi Singapura, mendengar kisah mereka dan belajar sendiri daripada pengalaman legenda ini...





