MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, akan mengadakan lawatan ke Doha, Qatar, dari 5 hingga 7 Mac 2023.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), beliau akan menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-5 berhubung Negara Paling Kurang Maju (LDC5).






