SEORANG lelaki berusia 27 tahun, yang meninggalkan keretanya setelah terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Istana Sabtu lalu, telah diberkas atas kesalahan memandu secara cuai.
Polis diberitahu mengenai kemalangan di Cavenagh Road, di luar perkarangan Istana, pada 7.30 pagi pada Sabtu. Tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.






