Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang aktif melatih dan meningkatkan kemahiran digital asatizah dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) Generatif bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik memandangkan maklumat keagamaan kini tersebar luas di alam maya, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Menurutnya, langkah itu penting agar asatizah bukan sahaja memahami cara menggunakan teknologi tersebut, malah...





