KUALA LUMPUR: Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Malaysia yang dipenjarakan, Encik Najib Tun Razak, kembali mendapat perhatian menyusuli jangkaan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September, dengan perkara berkenaan dipercayai antara isu yang akan dibincangkan.
Perkembangan itu kemudian mendorong gabungan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semula pendiriannya, bahawa mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau...





