PADA usia 30-an tahun, pelakon Suhaili Safari berpeluang menghidupkan watak kanak-kanak berusia enam tahun Shan dalam pementasan teater The Beginning of Anything.
Shan selesa dikelilingi buku cerita, kertas dan pensil yang menjadi temannya mencipta dunia penuh dengan barangan dan haiwan kegemaran di samping menebar impian yang bermain di mindanya.






