KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memperjelaskan kenyataannya yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Encik Danish Hairudin, berkata PH tidak pernah membuat kenyataan sebagaimana didakwa, sebaliknya hanya mempertahankan agenda membanteras isu rasuah, salah guna kuasa dan keperluan hukuman mahkamah serta...





