Mengimbas kembali keputusannya untuk memasuki arena politik pada 2011, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata ia merupakan “satu tindakan nekad tanpa kepastian” apabila beliau meletak jawatan daripada perkhidmatan awam.
Pada ketika itu, beliau tidak tahu di manakah beliau akan bertanding, sama ada beliau akan dipilih atau tidak, apakah tanggungjawab yang mungkin diminta untuk digalas, atau berapa jumlah gaji yang akan...





