MULAI pertengahan 2023, pelanggan di kebanyakan pasar raya akan dikehendaki membayar sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg pakai buang.
Dua pertiga daripada semua cawangan pasar raya di Singapura - termasuk NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime - akan mengenakan bayaran ke atas semua beg pakai buang yang dibuat daripada sembarang bahan, termasuk plastik dan kertas.





