Usahawan wanita Islam di Singapura berpeluang mendapat akses kepada rangkaian antarabangsa dan peluang perniagaan yang lebih luas di Afrika Selatan menerusi kerjasama baharu antara Ikon Women Singapura dengan She Millionare, sebuah organisasi berpangkalan di Afrika Selatan.
Kedua-dua organisasi itu menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada 11 September di De Villa Ballroom, Centrium Square, bagi memperkukuh kerjasama, jaringan serta pertukaran pengetahuan antara...





