PENYAKIT buah pinggang semakin meningkat dan ini terus menjadi satu kebimbangan bagi rakyat Singapura.
Setiap hari di Singapura, sekitar enam pesakit baru dikesan menghidap kegagalan ginjal. Dari 2017 hingga 2021, bilangan pesakit ginjal yang menjalani dialisis meningkat daripada sekitar 7,000 kepada lebih 8,600.





