SEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dihadapkan dengan tiga tuduhan mencabul kehormatan selepas dia didakwa menyasar seorang wanita di beberapa tempat, termasuk di salah satu premis agensi itu.
Lelaki itu berada di tempat tersebut pada 23 Ogos 2021, apabila dia didakwa mencabul kehormatan wanita itu dalam dua kejadian berasingan.





