Pemilik kenderaan berat bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk meletak kenderaan secara semalaman mulai 15 September, berikutan permintaan agar kelonggaran diberikan bagi memudahkan operasi mereka.
Dalam satu kenyataan pada 14 September, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan bahawa pemilik kenderaan berat boleh meletak kenderaan secara semalaman di lokasi sesuai di premis swasta dan bukan kediaman, dengan syarat mereka mendapat kebenaran pemilik...





