BEKAS kapten pasukan nasional Singapura, Shahril Ishak telah bersara daripada bola sepak selepas 19 tahun membina kerjaya profesionalnya, umum pemain berusia 39 tahun dalam satu posnya di Instagram pada Isnin.
Penyerang itu ialah pemain ketiga yang paling banyak kali menyarung jersi Singapura dengan 138 penampilan, berikutan Daniel Bennett (142) dan Baihakki Khaizan (140).





