DUA Singapura yang berbeza, yang boleh menyebabkan pergeseran dalam masyarakat boleh menjadi suatu realiti jika negara ini tidak melakukan lebih banyak dalam menangani isu ketidaksamaan, kata Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.
Dalam hal ini, adalah penting Singapura "berwaspada terhadap perpecahan dalam masyarakat" di mana golongan berada ditandingi oleh golongan kelas pertengahan dan bawahan, ujar Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied itu...





