Golongan profesional muda daripada pelbagai latar belakang digalak tampil menyumbang kepakaran, pengalaman dan perspektif mereka dengan menyertai Lembaga Pentadbiran Masjid (LPM), sekali gus membantu melakar masa depan masjid dan masyarakat.
Bagi golongan profesional muda, LPM bukan sekadar ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sebagai badan bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan arah strategik masjid, LPM memberi peluang kepada individu supaya membawa perspektif...





