Lebih 300,000 pesakit telah meraih manfaat daripada satu pendekatan penjagaan kesihatan berasaskan nilai yang diperkenalkan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) sejak 2015.
Diberi nama Penjagaan Sesuai dan Berasaskan Nilai (AVBC), pendekatan ini menumpukan kepada usaha mencapai hasil rawatan yang lebih baik bagi pesakit sambil memastikan mereka menerima penjagaan yang sesuai, selamat dan berkesan.





