WASHINGTON: Parti Republikan gagal dalam pemilihan Speaker Dewan Perwakilan buat hari kedua berturut-turut kelmarin, apabila sekumpulan ahli parti itu kekal menolak gesaan mantan presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Donald Trump, untuk bersatu di belakang sekutunya, Encik Kevin McCarthy.
Selepas tiga undian yang gagal dan satu pusingan rundingan tertutup, Encik McCarthy masih kelihatan sukar untuk mendapatkan jawatan Speaker Dewan, jawatan kedua...





