Integriti bukan sekadar melakukan perkara yang betul, tetapi kesanggupan berbuat demikian walaupun tiada sesiapa yang melihat.
Itulah pegangan Inspektor Pusat Pemeriksaan (CI), Encik Muhammad Farhan Kamaruddin, 40 tahun, yang menolak percubaan seorang pelancong memberi sogokan kepadanya sebanyak 100 yuan, iaitu sekitar $19, selepas lelaki itu didapati membawa masuk barangan larangan.





