Grab Holdings bersetuju membeli pegangan majoriti dalam platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ berpangkalan di Singapura, Atome Financial, pada harga AS$1.49 bilion ($1.9 bilion) bagi memperkasa perkhidmatan kewangannya dalam usaha membangunkan tonggak pertumbuhan baharu.
Syarikat perkhidmatan tempah kenderaan dalam talian (e-hailing) dan penghantaran itu memperoleh 60 peratus pegangan dalam Atome menerusi satu perjanjian dengan syarikat induknya, Advance Intelligence Group, serta beberapa...





