harga petrol, Pemandu PHV, konflik TImur Tengah
SingapuraSep 17, 2026 | 5:51 PM

Harga minyak naik: Pemandu PHV bimbang pendapatan terjejas jika kos terus meningkat

Kenaikan harga petrol yang terkini selepas tempoh dua bulan yang agak stabil kembali menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemandu, terutamanya pemandu kereta sewa privet (PHV).

Mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) meluahkan rasa risau pendapatan mereka mungkin terjejas sekiranya harga minyak terus meningkat.

Koridor Utara-Selatan akan dibuka secara berperingkat mulai 2029, berbanding jangkaan awal pada 2027.
SingapuraSep 17, 2026 | 6:53 PM

Pembukaan Koridor Utara-Selatan tertangguh 2 tahun dek cabaran pembinaan 

Lebuh raya sepanjang 21.5 kilometer yang menghubungkan bandar-bandar di utara dengan kawasan bandar akan tertangguh selama dua tahun, ekoran keadaan tanah yang tidak dijangka sukar dan memerlukan kerja pembinaan yang lebih kompleks.

Viaduk Koridor Utara-Selatan (NSC), yang bermula dari Admiralty West hingga Lentor Avenue, kini dijangka dibuka secara berperingkat mulai 2029, berbanding jangkaan awal pada 2027.

Kesemua 11 mangsa itu diserang secara seksual antara 1990 dengan 2023, di mana sesetengah daripada mereka baru berusia lima atau enam tahun ketika itu.
SingapuraSep 17, 2026 | 6:35 PM

Lelaki cabul 11 gadis, termasuk anak, cucu dan anak saudara sendiri, dipenjara 21 tahun 

Seorang lelaki berusia 71 tahun yang mencabul 11 gadis sepanjang tiga dekad – termasuk anak perempuannya sendiri, dua anak perempuan anak lelakinya dan empat anak saudara perempuannya – dijatuhi hukuman penjara 21 tahun pada 17 September.

Empat lagi mangsa merupakan pelajar dari sebuah pusat pengayaan yang diuruskan olehnya bersama isteri dari 1997 hingga 2021.

M’sia, politik Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz
MalaysiaSep 17, 2026 | 6:22 PM

Kemelut perebutan takhta Yang di-Pertuan Besar N. Sembilan kian meruncing

Kemelut perebutan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus rumit apabila dua pihak bercanggah kenyataan mengenai keabsahan proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir daripada kedudukan itu.

Dalam perkembangan terkini pada 17 September, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, mengesahkan bahawa proklamasi (pengisytiharan rasmi) bertarikh 19 April untuk menurunkan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan berkuatkuasa.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat dari kanan), bergambar di mercu tanda Kilometer Sifar (0KM) Johor Bahru. Hadir sama  Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (tiga dari kanan).
MalaysiaSep 17, 2026 | 6:13 PM

Kilometer Sifar Johor Bahru diberi nafas baru sebagai tarikan pusat bandar

JOHOR BAHRU: Kawasan mercu tanda Kilometer Sifar (0KM) Johor Bahru sedang diberi nafas baru sebagai antara tarikan utama di pusat bandar raya ini menerusi penambahbaikan pencahayaan, paparan visual dan landskap.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menghidupkan semula ruang bandar yang...

Secara keseluruhan, kira-kira 180 juta Saham Diskaun Khas (SDS) Singtel telah dijual, merangkumi kira-kira 25 peratus daripada semua saham tersebut.
SingapuraSep 17, 2026 | 6:05 PM

163,000, atau 27%, pemegang saham diskaun Singtel telah jual saham

Kira-kira 163,000 orang, atau 27 peratus daripada semua pemegang Saham Diskaun Khas (SDS) Singtel, telah menjual saham mereka setakat 31 Ogos.

Angka ini meningkat daripada hampir 83,000 pemegang, atau 13 peratus daripada keseluruhan, yang telah menjual saham mereka setakat 30 April.

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video

‘Bang Bang Sauce’ Ministry of Spud kegilaan ramai anak muda
Play Video

Masuk Dunia Jumanji & Bergambar Bersama Selebriti di Madame Tussauds
Play Video

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video