Kejadian pecah kenderaan, termasuk kereta bernombor pendaftaran Singapura, di kawasan Adventure Waterpark Desaru Coast pada 6 September lalu telah membuka mata pelbagai pihak mengenai keperluan mempertingkat tahap keselamatan di kawasan pelancongan Desaru, Johor.
Walaupun kejadian itu dianggap terpencil, Polis Johor telah mengarahkan pihak berkepentingan di kawasan berkenaan supaya mengambil langkah pencegahan lebih menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, terutama...





