LONDON: Memoir Putera Harry terjual 1.4 juta naskhah hanya dalam masa 24 jam, kata penerbitnya kelmarin, sedang ayah dan abangnya tenang dan meneruskan rancangan lawatan umum.
Penjualan buku berjudul Spare itu, dalam bahasa Inggeris, mencapai 1.4 juta naskhah, pada hari pertama di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Canada, memecahkan rekod penjualan penerbitan Penguin Random House, kata penerbitnya.






