Megan Khung, MSF, Sengkang
SingapuraSep 22, 2026 | 6:00 PM

Pekerja sosial kini boleh akses maklumat pelbagai agensi dengan lancar

Bagi pekerja sosial yang mengendalikan kes perlindungan kanak-kanak, seperti di Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC), maklumat penting daripada pelbagai agensi kadangkala tidak selalunya tersedia.

Jurang sedemikian mengehadkan kebolehan pekerja sosial untuk memahami sepenuhnya keadaan dan risiko keselamatan dalam sesebuah keluarga, lalu mengambil tindakan yang sesuai pada peringkat lebih awal.

Lelaki itu dilihat memasukkan bekas yang tidak layak ke dalam mesin pemulangan selepas mengimbas tin yang mempunyai tanda deposit 10 sen.
SingapuraNov 13, 2026 | 4:22 PM

Pengendali BCRS: Pandang serius penipuan, selepas video lelaki imbas bekas sama berulang kali

Pengendali Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS) menyatakan pada 13 November bahawa ia memandang serius penipuan dan manipulasi sengaja terhadap mesin pemulangan BCRS.

Kenyataan itu dibuat selepas seorang lelaki dirakam memulangkan banyak bekas yang tidak layak dengan mengimbas hanya satu tin yang layak.

Pelajar tahun kedua ITE College Central, Ulya Hany Putri Mohd Ali Hanafia (kanan), mengendalikan reruai permainan sempena Toy Buffet 2026 pada 13 November. Dia merupakan antara sekitar 1,200 sukarelawan yang menceriakan acara tersebut.
SingapuraNov 13, 2026 | 4:06 PM

2,000 kanak-kanak dapat ‘nikmati’ bufet mainan

Meskipun pada mulanya berasa gementar, pengalaman mengendalikan reruai permainan di acara tahunan ‘Toy Buffet’ pada 13 November membawa kegembiraan kepada Ulya Hany Putri Mohd Ali Hanafia, 18 tahun.

Buat kali pertama menjadi sukarelawan, Ulya kelihatan ceria ketika mengagihkan pelekat kepada kanak-kanak berusia antara lima dengan 12 tahun.

Nouvelle Chua Ruoshi (kiri) adalah individu ketiga dan terakhir yang dipenjarakan berhubung penganiayaan terhadap Megan Khung (kanan), yang mengalami penderaan fizikal dan emosi selama lebih setahun sebelum dia meninggal dunia.
Jenayah dan mahkamahNov 13, 2026 | 3:55 PM

Wanita rakam kanak-kanak 4 tahun didera, bantu lupuskan mayat, dijel 13 tahun

Seorang wanita yang bersubahat dalam kes mendera Megan Khung, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, bersama ibu mangsa dan teman lelaki ibunya, telah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun pada 13 November.

Nouvelle Chua Ruoshi, 36 tahun, yang mempunyai seorang anak perempuan, turut membantu dua rakannya itu melupuskan mayat Megan selepas kanak-kanak itu meninggal dunia akibat dipukul pada 22 Februari 2020.

jensen huang
DuniaNov 13, 2026 | 3:47 PM

Jensen Huang didakwa ada hubungan sulit ketiga, Trump cuba selamatkan jawatannya

WASHINGTON: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Encik Jensen Huang, kini berdepan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang lagi kakitangan syarikat itu, menjadikan tiga wanita dikaitkan dengannya dalam skandal yang membawa kepada pengundurannya pada 12 November.

Pendedahan terkini itu muncul ketika Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dilaporkan cuba menyelamatkan kedudukan Encik Huang dengan menggesanya agar terus mempertahankan jawatan, walaupun...

Setiausaha Kehormat Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), Cik Haslinda Putri Harun, menyemak buku terbitan HGEF, Of Heroes and Heroin 2: Addicted to Good, yang bakal dilancarkan pada 14 November.
SingapuraNov 13, 2026 | 3:34 PM

Kisah tabah keluarga terjejas kancah dadah dirakam dalam buku baharu HGEF

Daripada kegigihan anak-anak yang membesar tanpa kehadiran ibu bapa, isteri yang terpaksa membesarkan anak-anak bersendirian hinggalah keluarga yang berusaha meneruskan kehidupan meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Demikian antara kisah sebenar kehidupan keluarga yang terjejas akibat kancah dadah yang diketengahkan dalam penerbitan terbaharu Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) sempena ulang tahun ke-20 badan amal itu.

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video