Pada usia hanya 19 tahun dan berbekalkan pengalaman sekitar lapan bulan sahaja dalam format 3x3, Mohamed Faizal Mohamed Zahid tidak kekurangan keyakinan menjelang penampilan sulungnya di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Namun, pemain bola keranjang itu sedar bahawa terdapat satu aspek yang perlu dipertingkatkan jika beliau mahu membantu Singapura bersaing dengan pasukan terbaik di Asia: pertahanannya.





