Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Tiffany Teo, kini hanya selangkah lagi daripada meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.
Atlet berusia 36 tahun itu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan wakil India, Suchika Tariyal, 2-0 dalam aksi separuh akhir pertarungan kategori 60 kilogram (kg) tradisional wanita di Pusat Sukan Inae Bandar Raya Nagoya pada 21 September.





