Satu sesi siaran langsung di TikTok yang bertujuan mempromosikan pakej umrah dan pelancongan bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan bagi seorang kakitangan wanita AK Tours and Travel apabila beliau menerima komen berunsur seksual daripada pengguna wadah tersebut.
Kejadian pada 7 September itu mendorong syarikat berkenaan menghentikan sementara semua sesi siaran langsung atau ‘live’ sambil menyemak semula prosedur bagi melindungi kakitangannya daripada...





