ATURAN penjagaan perubatan bagi jemaah haji Singapura tahun ini kemungkinan akan merangkumi peruntukan untuk persediaan bagi menangani kes Covid-19 sedang negara ini bersiap sedia menghantar rombongan haji yang pertama ke Arab Saudi sejak pandemik bermula.
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam jawapannya kepada pertanyaan Berita Harian (BH) berkata protokol kesihatan semasa termasuk aturan menghantar jemaah yang sakit teruk akibat Covid-19...





