Industri penerbangan telah menyaksikan rentak pemulihan yang agak pantas sejak banyak sekatan sempadan dan pengurusan selamat Covid-19 dilonggarkan oleh Singapura mahupun banyak negara lain. Namun disebabkan pemulihan dan permintaan yang muncul agak mendadak ini, para pemain industri telah berlumba-lumba dan gigih berusaha untuk mengisi semula tenaga kerja yang diberhentikan atau sudah meninggalkan sektor semasa pandemik. Apakah syarikat-syarikat dalam industri ini...





