Sudah sekian lama dia duduk di situ. Di kerusi rumah sewaannya. Rakan yang turut menyewa rumah itu, Azmah, duduk bersetentangan dengannya. Kantuknya bukan kepalang. Tetapi dia belum mahu tidur lagi. Dia baru sahaja tiba di rumah selepas menghabiskan tugas di giliran sebelah petang. Tugasnya berakhir kira-kira pukul 11 malam.
Benaknya berputar-putar mencerna beberapa persoalan yang belum terjawab olehnya. Persoalan-persoalan itu...






