BADANG memandang perigi buta tanpa secuil rasa gentar. Dia memang tidak memang pernah tahu erti takut. Baginya, perasaan takut tidak pernah wujud dalam kamus hidup. Ia sanggup menghadapi siapa sahaja dan bertempur dengan siapa sahaja, termasuk dengan jembalang yang memakan ikan tangkapannya.
"Oh, rupanya pencuri itu engkau. Cis! Kurang ajar!"





