Seorang pegawai penguatkuasa melakukan ujian pelepasan asap pada kenderaan komersial berat.
SingapuraApr 12, 2022 | 7:10 PM

12 pemandu kenderaan ditangkap dan didenda kerana gagal patuhi peraturan alam sekitar dan keselamatan

SERAMAI 12 pemandu kenderaan ditangkap dalam satu operasi penguatkuasaan bersama yang menyasarkan kenderaan berdaftar asing berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi Selasa (12 April). Operasi itu, yang melibatkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dilakukan untuk mengingatkan pemandu supaya mematuhi peraturan keselamatan alam sekitar dan jalan raya. Dalam satu kenyataan bersama, NEA,...

Anggota tentera Amerika Syarikat (melipat bendera negara itu di sebuah pangkalan tentera di Iraq. Tentera Amerika berundur dari pangkalan terakhir mereka di Iraq pada 30 September 2026, menamatkan satu lagi fasa kehadiran ketenteraan lebih dua dekad di negara itu, namun mencetuskan kebimbangan mengenai ancaman kebangkitan semula ISIS dan peningkatan pengaruh kumpulan bersenjata yang disokong Iran.
DuniaSep 30, 2026 | 3:49 PM

Tentera AS keluar dari Iraq, kebimbangan meningkat ISIS bangkit semula

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat berundur dari pangkalan terakhir mereka di Iraq pada 30 September, menamatkan satu lagi fasa kehadiran ketenteraan lebih dua dekad di negara itu, namun mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan wujud kekosongan keselamatan yang boleh dimanfaatkan ISIS dan kumpulan bersenjata yang disokong Iran.

Pengunduran itu berlaku 23 tahun selepas tentera pimpinan Amerika menyerang Iraq dan menggulingkan Presiden Saddam Hussein...

pelarian myanmar
MalaysiaSep 30, 2026 | 3:40 PM

M’sia mula hantar pulang 1,476 pelarian Myanmar melalui laut

KUALA LUMPUR: Malaysia mula menangani isu kemasukan pelarian asing dengan menghantar pulang 1,476 individu ke Myanmar dalam fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela yang bermula pada 29 September.

Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam satu kenyataan, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 5,000 warganegara Myanmar yang telah dimuktamadkan untuk dihantar pulang secara berperingkat dan sukarela ke negara asal mereka.

banjir bangkok
DuniaSep 30, 2026 | 3:36 PM

Thai Airways batal 59 penerbangan, 5,600 bagasi tertangguh akibat banjir Bangkok

BANGKOK: Thai Airways International membatalkan 37 lagi penerbangan domestik dan antarabangsa sehingga 1 Oktober ketika syarikat penerbangan itu berusaha menangani ribuan bagasi yang tertangguh di Lapangan Terbang Suvarnabhumi akibat banjir besar di Bangkok.

Pembatalan terbaru itu menjadikan keseluruhan 59 penerbangan Thai Airways dibatalkan sejak banjir melanda Bangkok dan kawasan sekitarnya mulai 26 September, manakala banyak penerbangan lain turut mengalami kelewatan.

Tonggak pertahanan Singapura, kapten Hariss Harun dan Safuwan Baharudin bakal menjadi sandaran utama Singapura untuk mengawal bahagian pertahanan dalam perlawanan penting menentang Malaysia pada 1 Oktober
SukanSep 30, 2026 | 3:28 PM

Gandingan pengalaman benteng pertahanan Singa jadi taruhan lawan M’sia

Singapura menjangkakan perlawanan yang sengit dan penuh emosi menentang Malaysia - dan mereka mempunyai pengalaman veteran yang diperlukan untuk menangani tekanan tersebut.

Safuwan Baharudin dijangka kembali beraksi selepas selesai menjalani penggantungan, dan mungkin digandingkan bersama Hariss Harun, rakan sepasukan yang sudah biasa berdepan Malaysia sepanjang sedekad lalu.

Acara ‘Stories of Everyday’ akan berlangsung dari 10 hingga 18 Oktober 2026.
Gaya hidupSep 30, 2026 | 3:19 PM

Sambut ulang tahun Muzium Negara S’pura dengan kegiatan keluarga

Muzium Negara Singapura bakal menyambut ulang tahun ke-139 dengan acara ‘Stories of Everyday’, yang berlangsung dari 10 hingga 18 Oktober.

Sambutan ini meraikan pengalaman dan kisah kehidupan rakyat Singapura daripada pelbagai generasi, sambil mengalu-alukan pengunjung meneroka Galeri Sejarah Singapura yang telah diperbaharui serta kawasan muzium.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video