Kemenangan album, [RE.HAB], sebagai Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM 25) menjadi pengiktirafan tertinggi buat penyanyi, Aisha Retno, sekali gus menebus fasa duka dalam perjalanan seninya untuk kembali berkarya.
Aisha, atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26 tahun, berkata penghasilan album itu merupakan proses pemulihan diri selepas berdepan beberapa pengalaman sukar dalam kehidupan dan kerjayanya sebelum...




