SEBUAH kilang berkongsi pembuatan makanan kumpulan kecil yang pertama di Singapura telah dilancarkan pada Jumaat (22 April), dengan ia dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 200 pengilang makanan dan menyokong pembangunan 400 produk makanan baru menjelang 2026.
Kilang FoodPlant bernilai $13 juta itu bertujuan melengkapi syarikat tempatan dengan keupayaan dipertingkat untuk membangunkan produk makanan baru dan inovatif dalam memenuhi pilihan pengguna...





