Pertahanan Malaysia, Dion Cools (kanan), beraksi menentang penyerang Indonesia, Ole Romeny (tengah), dalam perlawanan bola sepak Piala Asean Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2026 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, pada 28 September 2026.
SukanSep 29, 2026 | 2:52 PM

Malaysia seri 0-0 lawan 10 pemain Indonesia

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang tuan rumah Indonesia walaupun mempunyai lebih seorang pemain dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Asean Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, pada 28 September.

Pemain tengah Indonesia, Thom Haye, dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas semakan Video Pembantu Pengadil (VAR) terhadap terjahan...

Bekas Exco Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin (kiri) ketika sidang media selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Seremban, Negeri Sembilan, pada 28 September, berikutan pembatalan lantikan jawatan Exco menyusuli krisis Adat dan Raja di negeri itu.
MalaysiaSep 29, 2026 | 4:55 PM

10 mantan Exco N. Sembilan diarah pulangkan aset kerajaan termasuk kenderaan rasmi

SEREMBAN: Kesemua 10 mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang pelantikannya ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, diarah memulangkan kenderaan rasmi mereka.

Dalam masa yang sama, kesemua Exco terbabit juga memberi keterangan kepada polis berhubung krisis takhta yang berlarutan di negeri itu.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak dapat menahan air mata ketika pengebumian isterinya, Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, di Pusara Negara, Putrajaya, pada 28 September.
MalaysiaSep 29, 2026 | 4:48 PM

Rakyat zahir duka, bimbang keadaan Mahathir hadapi kehilangan Siti Hasmah

Selepas 70 tahun hidup bersama, tidak pernah berenggang dan berjauhan dalam mengharungi pelbagai fasa kehidupan, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini berdepan hari mendatang yang luar biasa tanpa teman hidup yang sentiasa setia berada di sisinya, Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Allahyarhamha Dr Siti Hasmah pada usia 100 tahun pada 28 September bukan sahaja menyentuh hati rakyat.

currently affected by floods in Thailand after an intense weather
Seorang lelaki meredah air banjir di daerah Bang Kapi, Bangkok, pada 28 September 2026. Banjir akibat hujan lebat yang melanda Thailand sejak pertengahan September telah meragut 23 nyawa, termasuk empat di Bangkok, dengan kira-kira 700,000 penduduk ibu kota itu terjejas.
DuniaSep 29, 2026 | 4:33 PM

Banjir di Thailand ragut 23 nyawa, 700,000 penduduk Bangkok terjejas

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 23 orang terkorban akibat banjir yang melanda Thailand sejak pertengahan September, termasuk empat di Bangkok, selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir besar di ibu kota itu.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) pada 29 September memaklumkan bahawa kira-kira 700,000 penduduk Bangkok terjejas, manakala banjir turut melanda 29 daripada 77 wilayah di seluruh negara.

Wakil Tetap Singapura ke Pejabat PBB di Geneva, Encik Jaya Ratnam, menyampaikan kenyataan negara semasa penerimaan dapatan Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 28 September.
SingapuraSep 29, 2026 | 4:26 PM

S’pura sokong 71% cadangan hak asasi manusia diusul negara anggota PBB

Singapura menyokong 243, atau 71 peratus, daripada keseluruhan 342 cadangan yang dikemukakan oleh negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi satu semakan berkala terhadap rekod hak asasi manusia di negara ini.

Cadangan yang disokong oleh Singapura dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) dan diterima pada 28 September merangkumi pemerkasaan wanita serta peningkatan perlindungan bagi golongan masyarakat tertentu seperti golongan kurang upaya,...

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (dua dari kanan), dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Cik Goh Hanyan (kanan), melihat model ladang DoMo pada 29 September.
SingapuraSep 29, 2026 | 4:09 PM

Ladang telur keempat S’pura bekal telur Jepun mula binaan selepas empat tahun tertangguh

Ladang telur keempat Singapura, yang pada asalnya dijadualkan mula beroperasi pada 2024, kini akan memulakan pengeluaran pada 2028.

DoMo Farm ingin membawa telur bergred Jepun – yang mempunyai kuning telur berwarna jingga tua dan selamat dimakan mentah – kepada pengguna Singapura menjelang tahun tersebut.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video