PROSPEK perniagaan akan bertambah baik dengan pembukaan semula sempadan namun Singapura tidak boleh mengabaikan beberapa cabaran yang kini melanda dunia, kata Presiden Halimah dalam amanatnya sempena Hari Pekerja esok.
Menurut Puan Halimah bagaimana Singapura mengurus cabaran-cabaran itu adalah penting bagi memastikan negara ini kekal relevan dan mempunyai kedudukan di persada dunia pada tahun-tahun mendatang.






