tentera as iraq
DuniaSep 30, 2026 | 3:49 PM

Tentera AS keluar dari Iraq, ISIS dikhuatiri bangkit semula

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat berundur dari pangkalan terakhir mereka di Iraq pada 30 September, menamatkan satu lagi fasa kehadiran ketenteraan lebih dua dekad di negara itu, namun mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan wujud kekosongan keselamatan yang boleh dimanfaatkan ISIS dan kumpulan bersenjata yang disokong Iran.

Pengunduran itu berlaku 23 tahun selepas tentera pimpinan Amerika menyerang Iraq dan menggulingkan Presiden Saddam Hussein...

Tarif tersebut ditentukan berdasarkan harga gas dalam tempoh dua bulan setengah pertama pada suku tahun sebelumnya.
SingapuraSep 30, 2026 | 5:48 PM

Tarif elektrik isi rumah turun 10.4% pada suku keempat 2026

Isi rumah di Singapura akan menikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 10.4 peratus dari Oktober hingga Disember, berikutan kos tenaga yang lebih rendah.

Tarif elektrik isi rumah akan ditetapkan pada 28.59 sen setiap kilowatt sejam (kWh), turun daripada 31.91 sen setiap kWh pada suku sebelumnya.

Api marak pada kabel dan kemudahan elektrik di Pattani, selatan Thailand, dalam siri serangan yang turut melibatkan letupan bom, pembakaran dan sabotaj di beberapa lokasi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala polis sedang memburu suspek dan menyiasat sama ada kejadian itu saling berkaitan.
DuniaSep 30, 2026 | 5:19 PM

Pattani dilanda serangan bom, kebakaran dan sabotaj – tiada korban

PATTANI: Beberapa lokasi di wilayah Pattani, selatan Thailand, menjadi sasaran siri serangan melibatkan letupan bom, kebakaran dan perbuatan sabotaj pada awal 30 September, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara serangan utama berlaku berhampiran Sri Samai Super Store di daerah Nong Chik apabila sebutir bom buatan sendiri diletupkan sebelum sebuah lori 10 roda dibakar.

Pesawat flydubai dalam penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tabuk, Arab Saudi, pada 30 September 2026, selepas mengalami satu “insiden” ketika dalam perjalanan. Seorang pegawai Israel berkata kejadian itu bukan cubaan rampasan pesawat, sebaliknya isyarat kecemasan dipercayai dihantar selepas dua juruterbang terlibat dalam pergaduhan fizikal.
DuniaSep 30, 2026 | 5:09 PM

Pesawat ke Israel buat pendaratan kecemasan di Saudi

DUBAI: Sebuah pesawat flydubai dalam penerbangan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Israel terpaksa mendarat di Arab Saudi pada 30 September selepas dua juruterbangnya dilaporkan bergaduh secara fizikal di dalam kokpit sehingga mencetuskan isyarat kecemasan.

Penerbangan FZ1073 dari Dubai menuju Tel Aviv sedang melalui ruang udara Jordan apabila ia menghantar isyarat kecemasan umum sebelum mengubah haluan ke Arab Saudi.

Perubahan ini akan membolehkan lebih banyak isi rumah mendapat manfaat daripada bantuan guaman dan meningkatkan akses kepada keadilan bagi mereka yang memerlukan, kata Kementerian Undang-Undang.
Jenayah dan mahkamahSep 30, 2026 | 4:42 PM

Lebih ramai golongan pendapatan rendah bakal nikmati peningkatan had bantuan guaman mulai 1 Okt

Lebih ramai penduduk berpendapatan rendah akan dapat meraih manfaat daripada bantuan guaman mulai 1 Oktober, apabila had pendapatan untuk bantuan guaman bagi kes sivil dinaikkan.

Dalam satu kenyataan pada 30 September, Kementerian Undang-Undang (MinLaw) berkata had aset untuk bantuan guaman sivil dan bantuan pembelaan jenayah juga akan dinaikkan.

Tren R151 pertama yang mula beroperasi pada Jun 2023.
SingapuraSep 30, 2026 | 4:33 PM

Kesemua tren MRT baru Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat mula diguna 

Penyerahan tren terkini bagi Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) kini selesai sepenuhnya, dengan yang terakhir daripada tren generasi ketujuh mula beroperasi mulai 30 September.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dalam satu hantaran Facebook pada 30 September bahawa ia telah menyerahkan tren ke-106 daripada Alstom Movia R151 kepada SMRT, yang mengendalikan NSEWL, laluan tren tertua dan paling banyak digunakan di Singapura.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video