RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan siasatan terhadap insiden keselamatan dalam kokpit pesawat Flydubai dari Dubai ke Tel Aviv yang memaksanya melakukan pendaratan cemas di bandar Tabuk, selepas dua juruterbang cedera dalam kejadian itu.
Pusat Keselamatan Pengangkutan Nasional Arab Saudi (NTSC) berkata pasukan penyiasat keselamatan penerbangan sudah memulakan siasatan bagi menentukan keadaan sebenar yang membawa kepada pendaratan cemas pesawat FZ1073...





