Pembukaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura akan ditunda ke Februari 2027, menurut pengendali perkhidmatan itu, RTS Operations (RTSO) dalam satu kenyataan pada 2 Oktober.
RTSO memaklumkan bahawa semua ujian sistem dan ujian percubaan dijangka selesai menjelang 31 Disember sebelum proses penilaian keselamatan pihak ketiga dan kelulusan pihak berkuasa dijalankan.





