Di bawah kepimpinan Encik Khaw Boon Wan, SPH Media terus meraih kepercayaan rakyat Singapura meskipun menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam cara masyarakat mendapatkan dan menggunakan berita.
Menyatakan demikian dalam catatan Facebook beliau pada 1 Oktober, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, berkata SPH Media juga terus berusaha memperbaharui dirinya dengan memperkukuh keupayaan digital dan membina kerjasama baharu...





