Formula Satu (F1) bukan hanya menonton aksi di Litar Jalan Raya Marina Bay.
Sempena Perlumbaan GP F1 Singapura 2026, pelbagai acara dan sesi bertemu pelumba kegemaran anda akan berlangsung di sekitar Singapura dari sekarang hingga minggu perlumbaan.
Formula Satu (F1) bukan hanya menonton aksi di Litar Jalan Raya Marina Bay.
Sempena Perlumbaan GP F1 Singapura 2026, pelbagai acara dan sesi bertemu pelumba kegemaran anda akan berlangsung di sekitar Singapura dari sekarang hingga minggu perlumbaan.
Satu inisiatif baharu telah dilancarkan pada 5 Oktober bagi menarik minat lebih ramai pelabur muda terhadap pasaran saham Singapura.
Dikenali sebagai Program Duta Saham Belia, inisiatif berkenaan akan melengkapkan pelabur muda terpilih dengan pendidikan pasaran modal, pendedahan praktikal serta peluang berinteraksi dengan ekosistem pasaran.
Pemandu yang menyebabkan kemalangan berantai di Tampines pada 2024 sehingga meragut dua nyawa, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun sembilan bulan pada 5 Oktober.
Muhammad Syafie Ismail, 45 tahun, yang turut mencederakan lapan orang termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, juga dilarang memandu seumur hidup.
Kebanyakan ruang tamu disusun mengelilingi sebuah sofa.
Namun, di rumah Encik Jumadi, 40 tahun dan Cik Siti, 33 tahun, 157 pasang kasut sniker pula menjadi tumpuan utama.
BAITULMAKDIS: Pembantu juruterbang Flydubai yang dituduh menyerang kapten pesawat dengan kapak kecemaasan didakwa sudah merancang untuk merampas dan merempuh sebuah pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv, sebelum menyertai syarikat penerbangan itu.
Dua pegawai Israel yang mengetahui siasatan berkata pembantu juruterbang warga Oman itu memberitahu penyiasat Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa beliau sengaja mencari syarikat penerbangan yang mempunyai...
JAKARTA: Ketua Penjara Kelas IIA Cibinong di Jawa Barat, Encik Wisnu Hani Putranto, dipecat daripada perkhidmatan awam Indonesia susulan penemuan “kluster mewah” yang dilengkapi sofa, peti sejuk, televisyen, gimnasium dan kemudahan lain untuk banduan.
Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan Indonesia berkata Encik Wisnu merupakan seorang daripada 17 kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin berhubung skandal itu.





