Batik bukan sekadar kain yang dipakai pada majlis istimewa, malah merupakan warisan hidup yang menemani seseorang daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Itulah yang ingin diketengahkan pengasas Baju by Oniatta dan Galeri Tokokita, Cik Oniatta Effendi, menerusi acara tiga hari, Worn. Made. Shared., yang berlangsung hingga 4 Oktober di Kampong Gelam.





