gaya hidup sihat Singapura, pemakanan penduduk Singapura, aktiviti fizikal Singapura, sg lebih sihat, healthier sg
SingapuraOct 3, 2026 | 7:40 PM

Ye Kung: Warga S’pura kian aktif, tabiat makan masih jadi keprihatinan

Semakin ramai penduduk Singapura mengamalkan gaya hidup lebih sihat, sejajar dengan usaha negara yang semakin menekankan penjagaan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit sejak awal.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata seramai 1.5 juta penduduk, atau 61 peratus daripada golongan yang layak, telah menyertai gerakan SG Lebih Sihat sehingga akhir Ogos.

bas pengantara, sepang, grand prix
SukanOct 3, 2026 | 8:56 PM

Litar Sepang perbaiki khidmat bas ulang-alik susulan keluhan ramai

SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil langkah segera memperbaiki khidmat pengangkutan bas ulang-alik bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai pergi dan pulang dari litar sempena Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain, bermula 3 Oktober.

Masalah pengangkutan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat yang hadir menyaksikan pusingan perlumbaan latihan Formula Satu (F1) selepas mereka mendakwa terpaksa menunggu lama...

pelumba red bull, max verstappen, sepang
SukanOct 3, 2026 | 8:14 PM

Verstappen rebut petak pertama GP Bahrain di Sepang

SEPANG: Pelumba Red Bull, Max Verstappen, meraih petak pertama musim ini pada Grand Prix Formula 1 Bahrain di Malaysia pada 3 Oktober, membuktikan beliau kekal sebagai yang terbaik di litar Sepang yang mencabar, selepas sembilan tahun kemenangan terakhirnya di sana.

Verstappen mencatatkan masa 1 minit 35.130 saat untuk mengatasi Lewis Hamilton dari Ferrari, yang merampas tempat kedua pada saat-saat akhir...

Flydubai, kokpit, kapak kecemasan
DuniaOct 3, 2026 | 6:35 PM

Peguam Negara UAE: Penolong juruterbang flydubai cuba lakukan serangan ‘pengganas’

DUBAI/BAITULMAKDIS: Penolong juruterbang flydubai FZ1073 cuba melakukan serangan “pengganas” semasa penerbangan, kata Ketua Pendakwa Raya Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Oktober.

Penolong juruterbang itu dikenal pasti sebagai Hammam al-Hammami, seorang warga Oman, kata satu sumber kepada agensi berita Reuters.

AI dalam pendidikan, teknologi bantu belajar, Nizam Kadir, pembelajaran diperibadikan
SingapuraOct 3, 2026 | 6:15 PM

Penyelidik raih anugerah bangun teknologi bantu pelajar guna AI

Sejak bergelar guru lebih dua dekad lalu, matlamat penyelidik dan pembangun sistem operasi kecerdasan buatan (AI), Encik Nizam Kadir, tetap utuh iaitu membantu pelajar menimba ilmu dengan lebih berkesan.

Berbekalkan pengalaman mendidik pelajar daripada pelbagai peringkat usia dan latar pendidikan, beliau kini mahu memanfaatkan AI untuk memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Yayasan Mendaki, NLB, MOU
SingapuraOct 3, 2026 | 5:33 PM

Mendaki meterai 2 perjanjian perluas peluang belajar bagi kanak-kanak

Yayasan Mendaki memeterai dua Memorandum Persefahaman (MOU), satu bersama Lembaga Perpustakaan dan Arkib Negara (NLB) dan British Council Singapura, bagi memperluas peluang pembelajaran serta memperkukuh pembangunan kecelikan huruf dan bahasa dalam masyarakat, terutama untuk kanak-kanak.

Kedua-dua MOU selama tiga tahun itu dimeterai ketika Mendaki menutup tirai Raikan Ilmu 2026 di One Punggol, yang berlangsung sehingga 4 Oktober.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video