LONDON: Amerika Syarikat memindahkan kesemua 12 pesawat pengebom B-1 dari sebuah pangkalan udara di selatan England secara tergesa-gesa pada hujung minggu selepas menerima maklumat risikan baru mengenai kemungkinan rancangan serangan yang disokong Iran terhadap pangkalan itu.
Dua pegawai Amerika berkata langkah memindahkan semua pesawat berkenaan dari RAF Fairford dilakukan dengan begitu pantas sehingga beberapa pengebom dan kru mereka berlepas pulang...





