LONDON: Harry Kane bakal menyamai rekod penampilan terbanyak England menerusi penampilan ke-125 beliau menentang Republik Czech pada 6 Oktober, sedang penyerang itu berhasrat memperkukuh gandingan mantapnya bersama Jude Bellingham.
Kane bakal menjadi tumpuan utama sekiranya beliau berjaya menyamai rekod penampilan terbanyak, yang buat masa ini dipegang oleh bekas penjaga gol England, Peter Shilton, dalam saingan Liga Negara-Negara di Stadium Wembley.





