BAITULMAKDIS: Pembantu juruterbang Flydubai yang dituduh menyerang kapten pesawat dengan kapak kecemasan didakwa sudah merancang untuk merampas dan merempuh sebuah pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv, sebelum menyertai syarikat penerbangan itu.
Dua pegawai Israel yang mengetahui tentang siasatan itu berkata pembantu juruterbang warga Oman itu memberitahu penyiasat Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa beliau sengaja mencari syarikat penerbangan...




